1 Malaysia 2ward Wawasan 2020

1 Malaysia 2ward Wawasan 2020

Visitor/Pelawat

Friday, April 5, 2013

BULETIN DAP-PKR-PAS-TERKINI

 
1. Parti Anak Beranak
2. Anwar Hilang Sokongan Di Sabah
3. Lagi laporan rasuah ke atas Khalid Ibrahim.
4. PM – Sokongan masyarakat India untuk BN
5. Deutsch Bank: KL antara bandaraya termurah
6. YB PAS fitnah DS Rosmah
7. Manifesto Karut Pakatan Rakyat
 
1) TOPIK: Parti Anak Beranak
Latar belakang
Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat telah menamakan anaknya Nik Abduh Nik Aziz sebagai calon Pakatan di Rantau Panjang. Ahli Parlimen Pas sekarang, Siti Zailah Yussof, Ketua Dewan Muslimah Pas, telah dipindahkan ke Jeli. Zailah menolak pencalonannya di jeli dan ini menimbulkan masalah dalam Pas sekarang. (Sumber Dalaman)
PKR akan mencalonkan Anwar Ibrahim, Wan Azizah, Nurul Izzah dan Nurul Nuha Anwar.
DAP akan mencalonkan Lim Kit Siang, anaknya Lim Guan Eng dan isteri, Betty Chew. Karpal Singh dan anaknya Gobind Singh Deo, Jagdeep Singh
 PERSOALANNYA?
· Dimanakah perjuangan Pakatan Rakyat kononnya anti kronisme dan nepotisme?
· Bukan sahaja Nik Abduh diberi peluang menjadi calon, malah dipilih kawasan yang agak selamat. Sebaliknya Siti Zailah yang telah berkhidmat dihantar ke kawasan “hitam” Pas iaitu Jeli untuk menentang Datuk Seri Mustapha Mohamed. Inikah makna rakyat biasa diutamakan?
· Wujud pergolakan dalaman Pas Kelantan sekarang kerana Pilihan Nik Aziz untuk Rantau Panjang timbulkan rasa tidak puas hati Ketua Muslimat Pas Siti Zailah Yusof.
· Pas letak calon wanita separuh hati sekadar untuk kelabui mata orang ramai. Sebab itu wanita diberi kawasan yang pas jangka akan kalah teruk. Kalau anak Nik Aziz jantan mengapa tidak bertanding lawan Tok Pa?
· Apa punya parti, kawasan ada peluang menang hantar anak beranak. Dengar cerita Siti Zailah enggan bertanding di Jeli kerana tahu beliau tidak akan menang melawan Tok Pa.
· Kalau perjuangan mudah seperti nak hapuskan nepotisme pun tak boleh, apakah boleh percaya Pakatan akan menghapuskan kronisme dan mengutamakan meritokrasi dalam semua hal?
· Ini belum babitkan wang ringgit yang besar lagi, baru calon pilihan raya. Apa ahli PKR, PAS dan DAP yang dibawah tu semua bodoh dan bangang sehingga tak layak jadi calon pilihan raya?
· Pakatan Rakyat memang parti anak beranak!
2)  Anwar Hilang Sokongan Di Sabah
Latarbelakang
Satu pertemuan perpaduan yang dikenali sebagai TATABA oleh beberapa para pemimpin besar Kadazan-Dusun-Murut telah diadakan baru-baru ini. Antara yang hadir ialah “Huguon Siou” (pemimpin agung) Kadazan, Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan, Tan Sri Benard Dompok, dan Tan Sri Joseph Kurup. Mereka sepakat menyokong Barisan Nasional dan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam pilihan raya kali ini. (Sumber dalaman)
 
  • Ketiga-tiga pemimpin ini sangat berpengaruh dan sering kali menjadi panduan kaum kadazan-dusun dan murut dalam membuat keputusan memilih parti.
· Usaha parti Kadazan-Dusun-Murut mengadakan pertemuan PERPADUAN (TATABA) baru-baru ini membuatkan PKR di Sabah hampir lumpuh.
· Anwar sebelum ini cukup yakin PR mampu menawan lebih 18 kerusi di Sabah. Dengan penghinaan beberapa pemimpin Pakatan terhadap insiden Lahad Datu menyebabkan sokongan penduduk Sabah makin berkurangan.
· Namun, apabila 3 parti (PBS, PBRS dan UPKO) bergerak di atas Gelombang TATABA, Anwar merasakan harapan PR semakin kabur.
  • Anwar selalu menyatakan “ini kali tukarlah” apabila berada di Sabah. Beliau begitu yakin untuk menawan Sabah. Jawapan kita untuk Anwar - #Lainkalilah
· Aik? Dah dapat gelaran Huguan Siou pun tak boleh nak tawan Sabah? Haprak betul kau ni Anwar.
· Rakyat Sabah tahu Anwar Ibrahim petualang Lahad Datu. Anwar ingat apabila dia berpakat dengan Misuari dan Kiram untuk “attack” Sabah, orang akan marah kerajaan. Sekarang sudah terbongkar konspirasi ini. “mahu sokong ini Anwar lagi, bah?”
· Tak hairanlah Anwar sekarang tumpukan pada Johor dan Perak pulak!
 #BNBagus #BetterNation #GE13 #PRU13 #BN4Malaysia #Najib4PM #Transformasi #TolakPR #Lainkalilah
 

3) Lagi laporan rasuah ke atas Khalid Ibrahim.
Latarbelakang
Seorang anggota cabang PKR Kuala Selangor mendedahkan bahawa Menteri Besar Selangor itu menyalah guna dana berjumlah RM20,000 dari cabang PKR itu.
  • Ini bukan kali pertama laporan penyelewengan dan rasuah dibuat ke atas kerajaan Pakatan di Selangor.
    • Isu lembu korban anak syarikat kerajaan negeri Selangor diagihkan di luar negeri Selangor iaitu di kawasan parlimen Menteri Besar Selangor sahaja (Bandar Tun Razak).
    • Laporan ke atas Kumpulan Semesta Sdn Bhd, anak syarikat kerajaan negeri yang menguruskan perlombongan pasir. Pasir dilombong secara berleluasa di atas tanah kerajaan negeri tetapi hasil masuk tidak seperti yang dijangka.
  • Ini pun konspirasi UMNO jugak ke, MB Khalid?
  • Airos Shahidin Manaf nafi beliau disogok oleh BN. Ini memang kerja PKR. Laporan telah dibuat. Harap SPRM buat siasatan dengan terperinci. Harap Khalid Ibrahim tak tergagap-gagap jawab tuduhan ini.
  • Skandal pasir sebabkan kematian Teoh Beng Hock dan Datuk Wong.   Oii Khalid... yang besar pun kau belasah, yang kecil pun kau belasah.
  • Betulkah laporan ini, 20 ribu sikit sangat takkan Khalid nak balun. Sapu duit Rumah Urut dengan Pasir selangor pun dah kaya raya khalid. Atau Ronnie Liew (rumah urut) dengan Anwar Ibrahim (pasir) dah belasah semua tak bagi Khalid?

 
 
4)PM – Sokongan masyarakat India untuk BN
Latarbelakang
Menjelang PRU13, sokongan masyarakat India terhadap BN mula kembali setelah banyak terpedaya dengan janji-janji kosong Pakatan Rakyat.
  • Hanya BN yang mampu bela kebajikan setiap bangsa di Malaysia.
  • Masyarakat India sedar mereka dipermain-mainkan oleh Pakatan Rakyat.
 
5)Deutsch Bank: KL antara bandaraya termurah
Latarbelakang
Deutsch Bank Market Research dalam kajian bertajuk “Mapping the World’s Prices: KL” mendapati Kuala Lumpur sebagai salah sebuah bandaraya utama dunia yang termurah untuk dilawati atau didiami.
  • Tidak menghairankan kenapa KL masih jadi tumpuan pelancong seluruh dunia.
  • Penginapan hotel 5 bintang adalah paling murah di Kuala Lumpur berbanding bandaraya dunia yang lain.
  • Kemajuan serta kemakmuran sosiopolitik Malaysia di bawah BN terus tarik minat ramai pelancong.